Friday 10 June 2011

Gagah (Babak 25)

Hari nie Din balik....Siti termanggu tak taw nk pikiaq lagu mana. Seminggu Din pi Kuala tu, tak sekali pon dia talipon balik mai...tanya habaq anak apatah lagi habaq Siti. Pi pulak dengan meninggalkan gundah gulana di hati Siti. Macam mana nak berhadapan dengan Din. Patut kah Siti buat-buat tak tau...buat macam tak dak apa-apa...buat muka tebai. Ishhhh...serba tak kena.
Lagu mana pulak Din, masih ingat kah dia kata-kata terakhirnya buat Siti. Lupakah dia. Mekala tak lupa awat dia tak talipon Siti langsung...itu tandanya...dia masih ingat and he really meant it. Dang...dang...dang. Alahai serabut la kepala Siti. Lalu Siti amik keputusan tak nak la sambut Din kat Airport. Biaq la dia balik sendiri. Teksi belambak.

Din sampai kala dah nak larut malam. Sampai-sampai tu, teruih capai anak dia, di dukung-dukung di gomol macam dah berkurun tak jumpa. Sempat jugak menghadiahkan satu ciuman di dahi Siti. Pening Siti...confuse...celaru...tak faham. Din buat selambanya. Macam tak dak apa terjadi. Tak apa saja. Siti pulak jadi malu. Tak tau nak tunjuk reaksi yang macam mana.

"Sorry sayang, abang busy sangat masa kursus tu. jadual ketat sangat tak sempat nak telipon T.
Rindu betoi abang dengan T, dengan anak kita." Din tersenyum nampak seronok pulak dia.

"Siti risau la abang senyap teruih. Ingatkan.......," Siti tak sanggup nak habiskan ayat dia.

"Ingat apa T?" Tanya Din manja pulak.

"Tak dak apa-apa. Abang makan belum?" Tanya Siti.

"Belum. Lapaq kebuloq jugak. Rindu nak makan masakan T. Kat sana masak tak sedap. Gagah lapaq, telan jugak la. T masak apa, mesti special kan tau abang nak balik." Lembut ja sora Din. Dah lama Siti tak dengaq sora lagu tu.

"Siti masak biasa-biasa ja abang. Sebab abang tak bagitau abang nak balik waktu mana. Tak pa. Esok Siti masak yang special untuk abang." Kata-kata Siti seperti memujuk. "Jom abang makan. Kita makan sama-sama."

Hancur luluh (Babak 24)

Din dah melingkop pi Kuala.....seminggu.....tinggai Siti merengkam di jiwa....Apa saja yang Din pikiaq. tergamak dia kata lagu tu kat Siti. Hancoq luluh hati Siti. Din nie tak habih-habih nak buat onaq...lepaih satu....satu. Macam-macam dia mereka. Ada saja. Tak sangka Siti yang Din nie dramatik orangnya.....drama king pon ada....hahahahha.

Kata-kata Din buat Siti terpikiaq....macam mana nak berdepan dengan Din bila dia balik nanti. Macam mana Din nak menghadapi Siti nanti....tak ka kekok namanya. Haruskah Siti bersedia. Bersedia untuk teruskan kehidupan tanpa Din. Apa niat Din sebenaqnya. Apa tujuan dia kata lagu tu. Alahai macam-macam.

Apa kedudukan Siti. Siapa Siti di hati Din dah terang dan bersuloh. Orang tak pi sekolah pon tau apa Din sebut malam tu. Bersedia kah Siti untuk jadi single mingle balik. Mampu kah Siti nak pikul title janda yang penuh dengan stigma. Terdayakah Siti nak pegang title ibu tunggal. Dah la ekonomi 100% bergantung belas ikhsan Din. Ya....memang sementelah jadi laki pon Din tak pernah bagi kat Siti duit nafkah. Tapi Din dah sedia semua....makan, pakai, rumah walaupon ala kadar....tapi Siti bersyukur....Siti pon bukan jenis yang meminta-minta....dia tau kemampuan Din takat mana. Tapi kalau hidup sendiri nanti, Siti kena cari sendiri nafkah untuk dia, untuk anak dia...payah jugak tu.

Nak cari keja bukan mudah. Al maklumlah....masalah ekonomi global....perang teluk....bla..bla..
Adoih.....macam mana nie.....itu baru pikiaq pasal ekonomi. Lagu mana plak soal hati soal perasaan.....sayang lagi kah dia kat Din....cinta lagikah dia kat Din.

Siti terkejut dari lamunan....anak dia menangeh jatuh ndoi....nasib baik lapik tilam kat bawah.... ohhhhh.....anak ibu......

Merengkam (Babak 23)

Diam tak diam....dah 8 bulan usia anak Siti....seronok rupanya menjadi seorang ibu....sakit tiga suku nyawa tu hilang sebaik saja tengok muka anak....baby yang comel mulus ja....mengantuk di waktu malam hilang tengok anak tu meniarap salah tak kena....merangkak....menyuloq....gelak besaq bila di agah....satu perasaan yang sukar di gambarkan. Siti bahagia.

Din....macam biasa, tak pandai nak melayan sangat....tapi mau jugak la dia acan anak dia....dukung arak pi mai pi mai....mancuh susu....basuh lampin bila perlu....suap makan....boleh la nak harap kat Din....mokalu nak tinggai sat sementara nak p market ka kedai ka....dia tak kekok....walaupun ada ketika Din panik gak bila anak dia melalak.

Dah ada anak Din lupakan Siti....lupa tentang keujudan Siti....perbualan hanya berkisarkan keperluan anak....keperluan rumah tangga....Din lupa nak manjakan Siti nak sayangkan Siti....nak hiburkan jiwa Siti....tang kerabat ja Din cukup ingat....Siti malaih nak bersora....malaih nak hingaq. Di sebalik keriuhan terselit satu perasaan sunyi di hati Siti....tapi tak berapa amik pahadoi sangat la....mungkin dah jadi adat la orang dah kawen....gamak kot. Teruk pada nie Siti dah lalui. Sabaq ja la.

Malam tu....Din tengah gabuih kasut. Dia lumoq kasut dengan kiwi. Berkilat ja. Esok dia nak p kursus kat Kuala seminggu.

"Siti sayang abang tak?" tetiba Din tanya Siti....selepas berapa kurun. Head-head depa kawen inilah kali pertama Din tanya Siti. Dulu masa bercinta tok sah cerita la.... I lap u....U lap me dok kat mulut ja.

"Sayang la....abang sayang kat Siti tak?" ...

"Siti pernah tak benci kat abang setelah apa yang abang buat? " Din tak jawab soalan Siti sebaliknya dia tanya lain pulak.

"Siti tak pernah benci abang pon. Awat abang rasa Siti benci kat abang ka?"....Siti.

" T memang baik....satu hari nanti T mesti dapat lelaki yang baik".... Din

"Ha?....terbeliak bijik mata Siti. "Apa abang kata?"....Sora Siti dah tukaq pitching.

"Tak tau la Siti....abang rasa lain sangat. Dalam hati abang macam dah tak ada Siti. Rasa macam Siti dah hilang. Bukan sebab Siti....apa yang Siti buat tak pernah kurang....Siti memang isteri yang baik....bertanggungjawab....cuma abang rasa kasih sayang abang kat Siti dah tak ada. Apa yang ada nie....hanya sekadar menjalankan tanggungjawab." Selamba ja Din ucapkan ayat-ayat yang bisa merobek hati Siti....sambil tangan dia laju dok tonyoh kasut....sikit pon dia tak pandang muka Siti yang tercengang terpinga-pinga.

Sebak bukan kepalang. Mimpi ka betoi nie? Demam ka apa laki aku nie. Tapi Siti tau dia tak salah dengaq.

"Abang ada rasa nak ja lepaskan Siti so that Siti boleh bina hidup baru. Tapi abang pikiaq plak anak kita lagu mana. Perlukan mak bapak....tu yang abang bertagak tu."

"Tidak abang nak buat apa kat T..?"....bengang betoi Siti rasa.

Din terdiam....dia biarkan Siti mencari sendiri jawapannya. Siti merengkam terbakaq perut.... tergamak Din.

Anugerah (Babak 22)

Macam tu ja tiba-tiba, depa berbaik semula. Siti sempat huloq tangan bersalam dengan Din sambil mencium tangan suaminya meminta ampun dan maaf kerana lari balik loi lagu tu saja dan mungkin jugak banyak silap dan salah dari pihak Siti. Din....? Din....? Relax ja dia, dengan penuh bangga di usap-usap rambut Siti sambil menyebut dia maafkan Siti. Sikit pon tak beghasa besalah. Tak sepatah perkataan maaf pon kluaq dari mulut Din...EGO...yang amat-amat. Siti malaih nak kata apa, janji Din dah balik mai. Dah bersatu dah depa laki bini. Tak lama lagi dia pon nak beranak. Biaq la...tutup buku lama, bukak buku bharu.

Sejak dari hari tu semuanya dah berubah serba sikit. Din pon dah boleh terima dah, hakikat yang dia nak jadik bapak. Dah pandai jugak la manjakan bini dia yang mengandung. Mau gak la pi hujung kampung chari buah kriang...gara-gara Siti mengidam. Bawak Siti pi beli barang-barang budak. Din dah kembali macam biasa macam dulu...macam yang Siti kenai Din. Walaupun dah nak masuk 7 bulan mungkin agak terlewat...mungkin luka agak berbekaih...kurang-kurang Siti merhasa gak la macam dalam drama tu. Laki pakat dok usap perut bini mengandung. Cuma jauh di sudut hati Siti...takut gak lagu mana nanti anak dia nie esok. Tak kecik ayat yang Din sebut menyumpah anak nie...apa Din tak kata...semua habih dia sebut. Siti keja dok berendam ayaq mata ja la...sepanjang tempoh 6 bulan pertama mengandung. Harap-harap lepaih ni tak dak lagi dah la. Tak larat nak lalui dah. Jiwa ibu mengandung mempengaruhi anak dalam kandungan...itu yang paling Siti takuti.

Siti ingat lagi...pagi tu bulan puasa. Lepaih makan soq...mak Siti ajak Siti buat kuih raya almaklumlah raya dah nak dekat. Tart jem nanaih. Jem dia mak Siti dah buat malam sebelum. Memang dari dulu Siti selalu tolong mak dia buat kuih raya. Tak pernah depa beli. Adik-adik yang lain siap-siap nak pi sekolah. Sambil dok buat tart jem sambil dok sembang. Tiba-tiba Siti rhasa tak selesa. Sakit perut memulaih. Berdiri tak kena duduk salah. Mak Siti taw masa dah sampai. teruih dia jerang ayaq buat buat teh susu...biaq bagi sejuk sikit campoq teloq sebiji dengan minyak masak secamca. Dia suh Siti minum.

La nie masalah nak pi hospital plak lagu mana. Bapak Siti keja. Din pon keja shift. Siti beria-ria pesan kat mak dia...jangan sekali -kali panggil ambulan. Tak mau la dia...nanti satu kampung taw dia nak pi beranak. Malu la. Biasa la, mokalu ambulan masuk kampung ja...orang kampung pakat kerumun nak taw apa jadi...apa cherita...sapa luka sapa cedera. Nasib baik Pak Lang teksi sapu sebelah ghumah tu baru balik dari mesjid...selamat la Siti tak payah naik ambulan.

Ya ! Allah, sakit nak bersalin bukan main lagi rhasa macam nyawa nak melayang. Sakit yang teramat tak tau nak habaq lagu mana. Mau relaih...sendi-sendi. Selepas 25 jam bertarung sakit dari pukoi 4 pagi malam tu sampai pukoi 5 pagi hari berikutnya...Siti selamat melahirkan seorang bayi perempuan berat 3.94 kg...kulit merah putih gebu...rambut lebat. Menangeh pon bunyi pelan sangat. Anak sulung Siti dengan Din perempuan.

"Encik Awalludin...siapa Encik Awalludin? Sora misi memecah keheningan subuh tu..."Encik Awalludin, suami pada Puan Siti Hajar di manakah anda" keloloh jugak misi veteren nie. Din dengaq nama dia dan Siti di sebut-sebut.

"Tahniah Encik Awalludin, awak mendapat bayi perempuan." kata misi sambil menyerahkan bayi yang dia kendong. "Tau tak nak pegang lagu mana? " tanya misi.

Din teragak-agak seriau gak tapi dia gagah jugak. Dia amik bayi tu...berhati -hati. Di tenung nya budak tu lama...macam tak percaya itu anak dia...anak dia dengan Siti. Tetiba...Din menangeh terisak-isak macam budak-budak tak dapat cokelat...

Semak otak (Babak 21)

Siti sampai rumah hampir pukoi 4 pagi. Din terbungkam ataih sofa. Budak-budak lena kat atas katil masing-masing. Rumah flet 3 bilik, terasa sesak. Otak terasa semak. Siti tak habih-habih pikiaq, ntah apa yang dia pikiaq dia pon tak taw. Tak kuasa dia nk gerak Din tidok kat katil.Lantak pi la kat dia. Pandai-pandai lah dia. Siti teruih rebahkan badan dia ataih katil. Letih ghasa amat letih...letih kepala otak. Jiwa kacau. Bila masa Siti terlena pon tak taw. Bera tangung luka di hati.

Pagi tu Siti tak cakap sepatah dengan Din. Ada jugak Din try wat lawak antarabangsa...namun tak Siti endah. Gheram tak habih lagi. Tapi Siti pon mangkak jugak. Dalam pada gheram buat jugak makan pagi. Dalam dok angin gosok jugak baju kerja Din. Nak masak jugak makan tengah hari satgi. Tu gamak kot yang Din naik mua tu. Dia taw dia buat lagu mana pon, Siti akan tetap buat tangungjawab dia sebagai isteri...and sebagai ibu kepada anak-anaknya.

Din dah melingkop pi keja. Siti terpikiaq jugak tu satgi tu mesti pi jumpa Lijah jongang tu. Ala mampuih pi la kat depa...malaih pikiaq. Saat-saat mcm nie teringin nak berbual bicara dengan seorang teman...sahabat yang mengerti...ingin nak luahkan apa yg terbuku di hati. Siti sejak beranak pinak beghapa kerat ja kawan. Ada la sorang dua. Tapi Siti tak la pulak pernah dok becherita hal ghumah tangga dia kat orang...malu la. Rahsia keaiban sendiri memang tak patut la... Di mata sahabat teman taulan...jiran tetangga...Siti dan Din...pasangan yang bahagia. Sama cantik sama padan...anak-anak chomei ja. Sapa pon tak tau, seksa menjadi isteri Din ni.

Semua orang di ghumah terkejut tengok Siti balik...sorang-sorang plak tu. Mak, bapak dan adik beradik dia yang lain semua tanya. Din pulak sengap tak dengaq habak...Heran family semua awat depa dua jadi lagu tu. Bila tanya Siti...dia hanya mampu menangeh ja la. Last skali bapak Siti dengan pak mertua dia pi cari Din balik...Bapak dia dah tak sanggup tengok anak dia tanggung reba macam tu. Pak mentua pun tak sanggup tengok menantu...jadi lagu tu. Kesian. Menantu sikit punya baik. Anak dia si Din nie ja memang haram jadah.

Jenuh gak nak bawak Din balik mai...berkeraih plak tu...jawapan dia mudah...Siti pandai lari, pandai la balik. Jenuh jugak bapak si Din mengamok ghasa macam nak terajang pon ada. Awat tak tau sekoq nie jadi lagu nie. Hat lain tak pon. Nasib la Siti oi...Dah balik mai, tak mau pulak dia pi jengok bini dia tu kat ghumah pak mentua dia. Takut kat pak Siti ka malu ka tak tau la. Mau tak mau orang-orang tua jugak masuk campoq satukan depa balik. Siti masih ingat malam tu, pak dia bawak dia p ghumah Din. Mak Siti pon ikut sama. Masa tu Din tengah dok memuta. Siasat, paksa, korek punya korek...bharu tau hal sebenaqnya. Haru biru jugak keadaan dia. Siti terpaksa cherita habih kat depa walaupun berat hati dia. Tak tergamak nak bagi malu muka Din apatah lagi depan mak pak sendiri dan mentua. Dengaq mak dengan mak mentua dia menangeh terisak-risak. Beghasa gamak berat masalah yang Siti pikoi.

Tiba-tiba Siti dengaq Din kata..."Din sayang kat Siti lagi. Din nak dia balik ghumah. Tapi Din takut dia tak mau. Nak pujuk dia Din malu".......

Sakit jiwa (Babak 20)

Tak pernah Siti ghasa marah yang macam ni. Din dah terang - terang melampaui bataih dia. Manusia jenih apa tak tau. Macam longkang mulut dia. Siti tahan teksi balik kerumah, sepanjang perjalanan dalam teksi, Siti tak dapat tahan...ayaq mata turun macam ayaq pancoq...sampai pemandu teksi pon naik heran tapi tak berani nak tanya. Silap-silap kena jerkah pulak.

"10 ringgit, cik...cik ni ok ka tak...boleh pakcik tolong?" Tanya pemandu teksi kesian tengok Siti.

"Tak pa pakcik, terima kasih, saya ok...tak dak apa-apa cuma masalah keja saja. Nah duit tambang saya pakcik"....Siti.

"Terimakaseh cik....bawak besabaq banyak-banyak na."....pemandu teksi.

Sampai ja kat ghumah Siti menangeh semau-maunya. Tak sangka Din nak kata kat dia lagu tu. Tak sangka Din samakan dia dengan Piah yang tak ubah macam pompuan murahan tu. Tak sangka Din tuduh dia lagu tu...Din memang dari awai tak mau anak ni...tapi tergamak dia kata anak ni bukan anak dia. Sedangkan ini lah darah daging dia. Benih dia. Lambang cinta dia.

Siti mangkit dengan penuh semangat...dia ghabut baju hat mana ada. Hat mana dia sempat capai. Dia gumpai kain baju sumbat dalam beg. Dah tak pikiaq panjang...tak mau pikiaq sebenaqnya. Teruih dia meluru kat jalan...terhoyong hayang...pegang beg besaq tu. Siti tahan teksi...Siti nak balik ghumah mak. Biar p la berdosa tinggai ghumah tanpa izin laki walaupon ke ghumah mak sendiri. She just don't care. Dah tak sanggup dia nak tengok muka Din. Hilang ghasa kasih hilang ghasa hormat...pedih ja ghasa...Din mencabar sifat sabar dia selama nie.

Apa nak jadi...jadi lah. Mokalu sampai ke tahap bercerai-berai, cerai la...terkilan sungguh Siti dengan Din...tak guna berlaki kalau laki tak tau nak hargai, tak saling menghormati. Luluh ghasa jiwa Siti...macam nak terchabut jantung dari dada. Apa punya laki pon tak tau.

Ya. Siti masih ingat peristiwa tu. Kali pertama dia hentak Din dengan mangkok tingkat, besi plak tu...Siti gelak kuat jugak, teringat muka Din berkerut menahan sakit sampai terduduk...habih belemoih kepala dia kena kuah kurma teloq. Berteraboq makanan semua. Tak sangka Siti begitu berani pada waktu tu. Macam ada satu force yang memberi semangat kat Siti. Ayat..."tah-tah anak dalam perut hang tu pon anak sapa tak tau. Anak apek mana ka..." - memang power. Menaikkan darah Siti.

Siti usap perut dia yang besaq tu. Teghasa anak dalam kandungan tu menendang-nendang. Nasib badan la. Tiap-tiap kali Siti mengandung mesti Din buat hal. Awat tak tau. ni kali ke 3 dah.
Sakit jiwa...ikutkan hati mau dia qhodok Din dengan pisau biaq teqhising kat situ...puaih hati. Sampai bila nak biaq benda-benda lagu nie seksa jiwa....

Murka (Babak 19)

Siti tak tau apa dia patut ghasa. Patut ka dia seqhonok...patut ka dia kesian kat Din...patut ka dia marah Din...pepadan muka Din. Tak tau...confusion, confusion, confusion...Tapi dia tak pernah tanya Din. Ek dak Uk dak. Dia biaq Din tenggelam dengan dunia dia sendiri. Memang nampak Din frust nonggeng gila. Ada masa Siti kesian tengok..ada masa Siti ghasa macam nak baling dengan lesung batu pon ada. Sendiri cari penyakit. Gatai dok sengap-sengap tak mau.

Cinta sangat ka Din kat Piah...sampai jadi bengong sejuruih...Tangkap cintan ka Din nie kat Piah...sakit gak hati Siti...tapi malaih nak pebesaqkan hal yang dah berlalu. Din dah balik...balik ke pangkuan Siti. Walaupon tak dak announcement...tak dak pernyataan rasmi...Siti dapat ghasa Din dah balik mai. So...sementara nie biaq pi la kat dia. Siti biaq Din melayan perasaan walaupon kekadang ada gak ghasa nak dekeh Din. Awat taknya...tengok Din melangut kat cerok tu... temenong sana...temenong sini...macam dengan anak mati mak ja. Siti kesian kat Din...tapi bila Siti pikiaq punca dia...pasai apa...dan benda nie yang merubah hati dan perasaan Din terhadap dia, Siti jadi tenggelam punca. Lantak la...malaih pikiaq...Siti dok bawak budak...satgi jadi cherita lain plak. Ya la...Siti pernah terbaca emosi ibu mengandung akan mempengaruhi bayi dalam kandungan. Esok besaq jadi bebai ka apa ka...payah.

3 malam Din demam terok...demam panaih...demam putuih cinta...hahahaha...Siti gelak dalam hati. Sampai lagu tu la. Gheqam tu gheqam tapi Siti buat kesimpulan Din kena tipu. Din terbabaih sat. Din tak sengaja. Dugaan namanya. Siti tak tergamak tengok Din dok terhingut-hingut macam tu. Dia masak gak la sup ka...bubuq ka...bagi Din makan. Siap gak la ubat bagi Din telan...Dia jaga la Din masa Din sakit nie.

Din...Din lagu Din la...ego tinggi melangit...tak sepatah ayat meminta maaf pon keluaq dari mulut dia untuk Siti. Dia buat bodoh macam tak dak apa jadi...cuma angin tak deraih la. Tak tau kot malu kat Siti ka...atau frust sampai tak dak tenaga dah ka. Din banyak diam...Siti pon malaih nak ungkit. Biaq la dulu kot. I'll forgive him....even though he never ask for forgiveness but I can't never forget.

Lepaih beberapa minggu...Din dah macam biasa. Luka dah sembuh dah kot. Dah baik dah kot. Dia buat macam biasa. Siruu semacam. Menyangkak. Tak cakap banyak dengan Siti. Tapi cukup time habih keja dia balik la. Dah tak p merayau-rayau la. Balik ghumah aktiviti dia tengok tv ja la. Ada sepatah dua ayat dia cakap suh Siti bancuh kopi ka...hidang nasi ka...itu ja la.

Pagi tu...Siti terbangun lambat, tengok-tengok Din dah tak dak. Dah pi keja dah. Siti ghasa rindu kat Din tiba-tiba. Hati perempuan...nak marah tera mana. Dia pon manusia jugak. Perlukan kasih sayang dan belaian. Siti tau kalau Siti yang tak mulakan sampai bila la depa akan jadi lagu nie. Din jenih ego. Dia takkan mengaku dia salah. Nak mintak maaf, mampuih tak la. Tak dak dalam kamus Din. So apa-apa pon Siti yang kena mulakan dulu. Siti pon amik kesimpulan past is past. Hati Siti berbunga-bunga hajat hati nak makan sama-sama dengan Din. Dia pon bingkaih mangkit masak makanan kegemaran Din. Dah siap semua boh dalam mangkok tingkat. Hajat hati nak sama-sama lunch dengan Din.

"Din mana?" Tanya Siti kat Hamid...kawan Din, satu department.

"Sat na. Din! Din!...Ni bini hang mai nie!" tempik Hamid, deraih sora dia.

"T, hang buat apa kat sini. Mai nak mengendap aku ka?" Tanya Din kat Siti, separuh berbisik.

"Tak aih, T nak ajak abang makan!" Sangkal Siti.

"Hang tengok kan aku dok balik awai apa semua. Aku dah tak buat dah. Hang nak bagi malu muka aku ka. Hang mai nak buat apa nak cari dia. Nak cari pasai...nak bergadoh kat sini ka?"

Siti mola naik angin. Penat dia masak. Penat dia pikiaq Din dah elok, dah berubah. Jantan tak guna di buat baik, pikiaq Siti dalam hati.

"Apa masalah abang...awat yang paranoid sangat. T cuma bawak makanan nak ajak abang makan lunch dengan T ja. Tak terpikiaq pon nak mai gaduh dengan sapa-sapa." Siti hampir menangeh. Bukan apa dia terlampau gheram. "Selama nie ada T ungkit, ada T tanya abang, ada tak T marah...T malaih pikiaq la benda-benda yang lepaih nie. T cuma pikiaq past is past, kita bina hidup baru. Abang mintak maaf pon tak. Tapi tak pa. T maafkan....."

"Ni tok sah dok mai belakon macam hang tu baguih sangat na. Tah-tah hang pon sama lagu dia gak. Pompuan semua sie...tah-tah anak dalam perut hang tu pon anak sapa tak tau. Anak apek mana ka...bukan aku tak tau hang dulu dok baik dengan night auditor kita tu!".

PAAANNNGGGGGGGGGGGGGG.......mangkuk tingkat singgah kat kepala Din. Habih lauk pauk ke mana nasik kemana. Itu la kali pertama sejak depa kawen...Siti naik murka.....murka yang teramat murka.....

Pening (Babak 18)

Din semakin menggila. Makin menjadi perangai dia. Suka-suka dia balik...ghasa nak ghaib dia ghaib. Siti pon tak ingat bila kali terakhir dia nampak batang idung Din...bila kali terakhir dia bertegur sapa dengan Din...bila pulak dia last bermanja-manja dengan Din. Tak kuasa dia nak bersora. Lantak pi la. Janji Din tak lupa tanggungjawab dia. Bila nak keluaq tu Din letak duit ataih meja. Amount ikut dan dia la...kadang-kadang cukup...ada masa terlebih...ada ketika pulak korang.

Siti mengeluh panjang. Sepanjang tempoh dia berbadan dua nie...tak sekali...seingat-ingat dia la... Tak sekali Siti meghasa bahagia. Dia sorang-sorang la...apa pon. Kadang-kadang dia beghasa hati tengok orang lain laki bini...heppy ja nak sambut kedatangan orang baru. Nampak sang laki dok p usap-usap perot sang bini. Nampak seghonok ja. Cembuqhu Siti. Tapi Siti...Din pandang pon tak sudi. Tak pernah sekali Din tanya Siti...sihat ka dak...nak makan apa...mengidam apa. dah nak masuk 4 bulan dah perut Siti...tringat kata-kata Din. "Pandai-pandai lah hang"...dan itu la yang Siti buat.

Petang tu...Din balik monyok ja muka dia. Aikk beghapa lama dah tak balik awai. Selalu mokalu keja pagi, Din akan hilang ghesap ghesoi...samada malam qheloq bharu balik atau tak balik langsung. Balik-balik Din teruih bareng sengap ja. Siti tak kuasa tanya apa. Malaih. Dan begitu juga la hari-hari bherikutnya. Din mola bercakap dengan Siti...walaupon sepatah dua...cakap jugak la kan...dari takda langsung.

"T, laki hang dah ok dah ka?" tanya Ida satu petang masa depa bertembung kat kedai mee kat simpang jalan sana.

"Ok...yang lagu mana maksud hang?" tanya Siti plak...

"Maksud aku...Din dah ok dah ka dengan hang. Dia dah macam biasa dah ka? Aku tengok dia dah kerap balik ghumah." kata Ida...yang ghumah dia kat depan simpang. tak boleh tidak, nak sampai ghumah Siti kena lalu depan ghumah Ida. Anak dara tinggi lampai macam galah ja.

"Ha...cukup time lepaih keja...habih shift dia dah ada kat ghumah, dah la...awat?"....Siti

"Baguih la...alhamdulillah."....Ida

"Tapi aku heran la...awat jadi perubahan mendadak lagu tu no?"....Siti.

"Owh...tak kata kat hang la. Hang tak tau cherita no. 2 minggu sudah masa Din keja malam, ada berita tergempaq. Piah kena tangkap basah dengan tah sapa tak tau jantan mana tah. Mesti la bukan dengan Din kan. Heboh satu pekan...yang lebih panaih lagi Piah pon dah mengandung 5 bulan. Sama macam hang, lebih sebulan kot. Bangsa badan sedap...tak beghapa nak nampak la...tak tau la macam mana cherita. Tapi anak tu bukan anak Din. Anak boyfriend dia budak belajaq kat kolej tu. Kami semua taw pasai lepaih dia kena tangkap basah, dia pi dok bertoje dengan Din kat tempat keja. Din mengamok la. Habih keluaq semua cherita ungkit cungke segala. Depa bergadoh sakan gak la"....Ida

"Tu ka?"....Siti.

"Hang dok tu ka...tu ka...ha la. Betoi, tak dak faedah aku tipu hang nak buat apa, mokalu dapat duit tak pa jugak. Dalam pada dok bekawan dengan Din, dia masih lagi dok jumpa dengan boyfriend dia tu. Budak jantan tu tak mau mengaku, anak tu anak dia. Piah pulak ada Din buat spare kot. Entah berbelit-belit cherita dia...kami dengaq melalui mulut orang bertelau-telau la cherita. Tu kot yang Din marah sangat kat Piah..."...Ida.

"Khera...masa Piah mola masuk keja...dia dah mengandung dah la...cuma sapa pon tak taw."....Siti.

"Tu la. Piah nak buat Din pak sanggup la kot...Pandai dia sembunyi...sampai management pon tak taw boleh amik dia keja no"....Ida

Entah...mata Siti berpinaq...tak tau nak pikiaq macam mana. Betoi ka apa yg Ida cherita ? Piah pon perot besaq jugak...Piah dok kawan dengan Din...Piah kena tangkap basah dengan boyfriend dia...Piah gadoh dengan Din...Din mengamok...

Pening...pening...pening...



Malu konon (Babak 17)

Kesian konon....macam haram. Siti teringat. Cuba lupa tapi tak boleh. Walaupon benda tu dah jadi 6 tahun yang lalu, tapi luka dia dok segaq bugaq lagi...masih basah. Ni hari ni ghasa macam kena toreh plak lagi. Di tempat yang sama.........

Ntah bila masa Siti terlena pon tak taw. Sedaq-sedaq Din dok terbungkam tidoq tepi dia. Bingkaih Siti bangun. Tu dia dah 3 hari baru nampak batang idung. Kalau betoi la kata Ida dengan Kak Leha yang Din p berkubang...mau gak Siti corah dengan minyak tanah lepaih tu cucuh api. Biaq mampuih p. Gegham Siti tak tau nak cherita.

"Abang mangkit," tempik Siti. "Mangkit la. Abang p mana 3 hari tak balik ghumah. Tak pernah-pernah. Loi macam tu ja. Talipon dak dak apa dak. Ingat apa T nie tongkoi ka. Mangkit la, dok tidoq apa lagi." Marah betoi Siti.

"Hang ni pasai apa T pagi-pagi buta dok memekak. Tak malu ka jiran semua dengaq. Apanie. Aku baru balik keja la. Nak p kemana?" Din menjawab sambil tarik selimut.

"Ni abang toksah dok buat tarik gebaq, mangkit, jangan dok berdalih orang dok mai cherita, abang p Tanah Besaq...bawak pompuan." Sergah Siti.

"Sapa dok buat lawak nie T, mai dok cherita yang bukan-bukan kat bini abang nie? Habaq mai sat. "Depa tu dengki tak leh tengok orang happy, yang hang p dok percaya bulat-bulat pasai apa. Hangpa orang pompuan memang pon bodoh." Bukan main Din.

"Bodoh apa kejadahnya abang oi. Abang tu kot buta perut dok buat pelik-pelik. Apa masalah. nak p pinjam keta orang. P plak dok usung anak dara orang merata. Lupa ka abang tu dah kawen. Abang tak malu ka? Nak buat maksiat p dok kait dengan orang. T yang sihat nie abang kata sakit nak mampuih. Apa la abang buat perangai lagu tu." Siti menyinga.

"Sapa? sapa yang aku usung. Hang jaga mulut hang T. Hang tak dak bukti. Aku nie penat bharu balik keja, satgi cuma aku terajang satgi."...Din.

"Semua orang taw pasai abang dengan Piah. Ke hulu ke hiliaq. Tah tang mana lagi la p berkubang. Tak payah orang cherita. Dari hari tu lagi masa T keja dah dok tengok dah kelaku abang. Pangkat adik la konon. Patut la tiap-tiap kali breaktime suh ajak Piah makan sekali. Dah lama buat perangai lagu nie?. Beria-ria suh T benti keja. Kesian konon. Nu senang panjang langkah abang. Senang nak berkira"...Siti.

"Tak habih lagi ka. Dok beletiaq apa tah. Tak malu ka orang dengaq?"...Din.

"Aiik...abang tau plak malu. Masa dok p meghayau tak plak ingat malu."...Siti

Din bingkaih mangkit. "Hang nie la memang betina tak guna la. Aku nie balik penat-penat tak larat nak, memuta pon tak senang. Ada saja lah". Din capai kunci keta, melingkop p mana hala pulak....

Kesian (Babak 16)

Siti dok melangut lama kat tepi pantai tu. kat situ memang famous la tempat lepak-lepak, makan-makan, tempat anak-anak muda bercengkerama di bawah bulan purnama dan juga tempat mencari makan si rama-rama. Entah apa yang Siti pikiaq. Entah apa yang Siti terkenang. Permulaan. Ya bermula nya semua nie...yang mola-mola.

Sejak dari hari tu kat mana Siti kat situ la ada Piah. Mana plak ada masa terluang kat situ jugak ada Din. Sejak hari tu jugak Piah tak kasi chance Siti dengan Din, berdua-duaan. Maksudnya waktu kerja time break. Dia keja nak menempek ja. Nasib baik dia tak boleh ikut balik ghumah sekali. Cuba kalaw boleh la kan. Siti tak ambik pot sangat la. Sebab dah anggap Piah pangkat adik. Walaupun Siti tak la kenai sangat dengan Piah ni. Tapi dia ghasa Piah memang baik la. Hormat orang yang lebih senior, makan ajaq la walaupon agak slowmo sikit. Rajin yang penting. Owh ! Piah memang rajin apatah lagi kalau kena pi purchasing department...beria-ria. Siti was thinking budak baru nak besaq now what harm could possibly Piah do to her. She thought la. Silap. Silap besaq rupanya.

Memang Piah awai-awai dah kata nak kat Din. Ok ! Tapi masa tu tak tau lagi kan yang Din tu laki Siti. Kawan tak kan nak caraih laki kawan ya tak? Piah panggil dia Kak Siti and Abang Din. Piah anak Guru besaq...mak dia plak Uztazah mengajak PAFA kat madrasah. Siti waktu tu yakin Piah tinggi budi pekertinya. But nothing is impossible. Piah got her own mission impossible.

"Kak T, esok-esok ni kan kami kawen kan kami nak laki macam mana Abang Din. Encem. Baik. bla...bla...bla...," mimpi anak gadis berusia 18 tahun. "Kak T untung no, dapat Abang Din, sebab dia baik ...bla...bla...bla...." Hampir itu la yang Siti dengaq dari mulut Piah setiap hari.

"Hang tak dak marka ka?" tanya Siti kat Piah.

"Ada Kak T...dok belajaq kat kolej," jawab Piah.

"Tak cukup baik ka?"

"Bukan tak cukup baik.....he he he," Piah gelak bunyi macam dubuk pon ada.

Owh dah ada boyfriend rupanya. Detik hati Siti. Selamat la aku. Sejak dua menjak nie Siti tak sihat. Badan sakit-sakit asyik letih ja. MC dah beghapa kali dah. Tak taw la pasai apa. Muka pucat lesi...dah lah dia tu putih seghelah...tambah nampak pucat. Selalu gak dia tuang tak buat OT. Nasib baik dah dua bulan dah dok trained Piah, dah cekap dah budak tu pon. Boleh gak la ganti tak pon cover kerja-kerja Siti, bila Siti tak sihat.

Din pulak, sejak dua menjak buzy bukan main. Ada-ada ja la...lori tak sampai, banyak stock masuk....bla....bla....bla. Siti faham dengan kerja Din. Sungguhpon dia heran akan kebuzyan Din yang melampau and terlampau. Tapi Siti tak la amik pahadoi nak fikir yang bukan-bukan. Tok dia selalu pesan , syak wasangka membawa padah T. Tu dia, ayat sikit punya power. Dan kerana tak bersyak wasangka juga lah....memang padah sungguh la.

Siti alah teruk masa mengandung. Kadang-kadang berhari-hari jugak la tak boleh panggung kepala. Alah yang bukan-bukan. Din pulak beria-ria suh Siti benti keja. Atas alasan Din kesian kat Siti. Kesian....kesian....kesian

Duka yang sarat (Babak 15)

Siti betoi-betoi bengang, tahap maksima dah marah dia kat Din. Sebelum dia kata sesuatu yang lebih dahsyat....baik dia jauhkan diri dari Din. Dicapai nya kunci kereta. Meluru ja Siti kluaq. Tinggai Din terpingga-pingga. Sempat lagi tu kejaq Siti....tapi Siti lagi laju. Masuk dalam keta ja....dia buka radio volume tahap maksima. Siti memandu tanpa arah....tanpa tujuan. Pedih betoi dengaq kata-kata Din tadi. Amboi dia buat lawak plak, tak apa saja.

Siti benti keta kat tepi laut. Dah lama dia tak mai sini. Dulu mola-mola dating dengan Din, selalu mai kat sini. Makan laksa...makan rojak buah. kadang-kadang beli koci peket besaq tu, dok la merenyeh tang tu....ntah la, waktu tu macam-macam ja topik nak di bualkan. Tak tau habih koci sepeket....cherita makin rancak. Siti beli rojak buah rm 5, duduk kat tepi pantai tu makan la dia sorang-sorang dengan perasaan gegham tak habih lagi. Main-main....teringat kata-kata Din tadi.

Nak menangeh pon tak beropaya dah. Silap ka dia pilih Din jadi laki dia? Dia dah cuba yang terbaik. Yang terdaya. Siti cuba imbas balik apa yang tak kena. Dia cuba menjadi seorang isteri yang baik....jaga rumahtangga, makan, pakai, uruskan anak-anak. Din tak payah nak angkat 1 jari pon la. Habih-habih sangat layan ja kerenah anak-anak. Siti pon bukan jeneh yang meminta-minta. Siti menyeringai sorang-sorang...tengah dok berkira...baju kurung selai, t-shirt 6 lai, kain batik 5 lai, baju kelawaq 5 lai...kasut sepasang...mokalu nak lari ghumah cukup kot 3 beg plastik shopping tu.

Tetiba Siti menangeh terisak-isak...betapa begitu daif hidup dia dengan Din. No, its not regret bukan kerana Din papa kedana tak mampu...lebih dari mampu...Din dah jadi assistant manager kat office tu. Adakah sifat kedekut Din...atau sikap Siti sendiri yang terima apa seadanya...

"Abang, T nak beli baju 2,3 lai...nanti bila kita p shopping barang dapoq na!"

"Ha...tengok la dulu, mokalu ada kita beli." Jawapan standard Din.

Bila tiba masa dok depan kedai baju tu, Din mola la...ini tak cantik...itu tak lawa...ini tak sesuai...
ajak Siti p tang lain plak...lain kali...esok-esok...habih-habih sangat dia tempik Siti...nak beli baju nak pakai p kemana...hat kat rumah banyak lagi. Selalu Siti merasa hampa...kecik hati. Last-last apa pon tak beli. Tapi yang heran tu...Din pon sama. Dia pon jarang bersalin. Cerewet. Din suka beli benda-benda yang berjenama - menang membeli alah memakai. Dah beli...stop sat sampai benda tu dah tak elok...sifat jimat cermat Din. Sebab tu Siti tak berapa kisah sangat kot.

Din jugak seorang ayah yang sangat penyanyang kat anak-anak. Pelik dulu beria-ria gila tak mau anak...dah jadik ayah lain pulak ceritanya. Dia tak manjakan anak...tapi kira ok la Siti tengok. pandai melayan, lembut walaupon kekadang tegas. Kadang-kadang lebihkan anak dari Siti.

Din as a person, as a husband...he is not bad. Prihatin. Tak la romantik, tak manjakan isteri, tapi mau gak la ajak besembang, berguraw, berbincang is a big NO NO...Din susah ajak berbincang..cuma buat punca gadoh ja. Nak apa-apa just go straight to the point. He will give you the final answer yes or no...can or cannot. Cuma yang tak tahan kaki betina tu ja tak boleh ubah.

Angin malam tepi laut tu buatkan Siti jadi tenang. Namun Siti taw...Siti perlukan lebih pada tu lagi. Dia mengurut-ngurut perut dia yang memboyot. Dah 7 bulan dah tak lama ja lagi. Anak dah nak masuk 3... Din tetap macam dulu. Piah...budak keja supermarket...budak kerani bank...pompuan cina gunting rambut...yang terbaru Lijah...itu yang Siti taw. Yang Siti tak taw...

Bengang (Babak 14)

Siti pandang jam....mana Din nie tak balik-balik lagi....dah pukoi beghapa dah....karipap untuk makan petang dah jadi makanan senja....dah nak malam dah pon. Keja patut habih pukul 5petang. Ni dah 7.45petang, maghrib pon dah sayup. Memang tak sabaq Siti tunggu Din balik. Bukan apa....tak sabaq nak tinaih dia.

Dengaq Din gerodak pintu. Hehehehehe....Piah gelak dalam hati.

"Abang dah balik?" bunyi Siti manja ala-ala iklan maggie hat masak daging lada itam tu.

Din menyeringai sambil angguk kepala. "Ada apa nak makan, lapaq la." Ayat biasa Din.

Siti tak jawab....cuma suakan karipap sejuk gedi dengan ayaq teh kat Din.

"Awat sejuk karipap nie? Orang goreng la masa nak dekat-dekat abang sampai ghumah."

Banyak songeh plak orang tua nie. Aku buat pon dah besaq rahmat. Mujoq aku tak baling muka dia, biaq bederemen. Siti cuba menahan gelodak di jiwa. Mengurut-ngurut perut dia yang membesar tu seolah-olah mencari inspirasi dan kekuatan.

Anak-anak yang dari tadi main dalam bilik baru sedaq abah depa dah balik.

"Abah...abah, tadi kawan mak mai ghumah." Anak yang sulung bercerita. Baru 4 tahun, banyak bercakap gak budak nie.

"Ya? Sapa T?" tanya Din.

"Lijah....Halijah ! ."

"Lijah mana tu? Setau abang T mana ada kawan nama Lijah ."

"Memang la tak dak," sora T makin tinggi.

Muka Din jadi kecut dah. "Dia nak apa Lijah tu?" Din buat-buat bodoh.

"Kakak dengan adik pi masuk main kat dalam lekaih. Mak dah pasang TV tu amik bantai bareng tengok popeye." Anak-anak yang mendengar kata menurut ja....ataupon takut tengok muka mak depa menyinga.

"Abang hang dok buat pelik la....lepaih satu-satu." Dah tua-tua anak nak masuk 3 dah....tak habih-habih lagi....dah nak mampuih dah !"

"Hang dok merepek apa Siti? Tok sah dok buat gila Siti aku nie penat ! " Din nak kelepiaq.

"Sapa yang dok merepek. Aku ka hang? Dah beghapa kali dah. Apa yang hang mau. Nak anak aku meruah p dah....ni on the way lagi satu....aku tak cukup baguih lagi ka?....tak cukup sabaq lagi ka?....aku jaga rumahtangga hang elok-elok....anak pinak hang elok-elok....dok ghumah jadi pecacai hang....tu dia ni balasan hang kat aku no?"serang Siti.

"Siti jaga mulut hang....aku nie laki hang!" bentak Din.

"Tau pon laki aku....mokalu laki buat la perangai senonoh sikit. Tak malu ka....kat anak-anak. Hang nak suh aku respect hang sebagai laki hang buat la perangai elok-elok sikit. Mampuih ka mokalu hang buang tabiat lama tu. Dah beghapa kali dah aku dengaq.... sampai ajak-ajak kawen....apa kejadah....mekentedarah apa? Cuba habaq mai....apa yang hang nak....apa yang hang mau....aku dok bertunggu tangga pasai anak-anak ja....tidak dah lama aku melingkup p biaq hang mampuih teghisin....sorang-sorang. Hang buat la apa hang nak buat." Kali ni....Siti dengan selambanya hamput Din....tak setitik pon ayaq mata tumpah....rasa hormat dan kasih pada Din dah tak macam dulu....dah lama hilang....ada lagi la kot sisa-sisa terselit kat mana-mana.

Din diam sat....mungkin dok kumpui data dan maklumat dalam otak dia nak bertoje dengan Siti.
Terbayang muka Lijah tadi. Depa kluaq minum sebaik saja Din habih keja. Keluaq-keluaq opis Lijah dah tunggu. Yang heran tu Lijah langsung tak cerita apa pasai dia mai ghumah jumpak Siti.

"Manja nak minum apa? "tanya Din.

"Apa-apa pon boleh sayang. Juice la kot. Manja dah kenyang dah tadi p ghumah kawan, dia jamu karipap dengan teh. Sedap karipap dia buat, taw bang. Nanti kita kawen, boleh la Lijah belajaq buat. Siap ada bawang jeruk lagi." Cerita Lijah

"Tu ka, sedap sangat ka?" Dalam otak dia ligat terpikiaq karipap Siti buat....best in the world.
Memang Siti pandai buat karipap....masak apa jugak....memang Siti pandai. Kelebihan yang Siti miliki. Sebab tu Siti jadik menantu kesayangan mak Din.

Lijah tersengeh-sengeh dari tadi. Sampai Din naik heran la. "Awat manja heppy semacam ja, menang loteri ka? Baru balik shopping? Din dok main teka-teka.

"Tak aih. Saja suka la jumpa sayang. Malam nie kita tengok wayang nak?" Ajak Lijah.

"Malam nie? Tengok dulu....Dah janji dengan wife nak bawak p beli barang dapoq."

"Ala sayang, beli la barang dapoq lain hari. Jom la kita p jalan-jalan, makan-makan, kan manja cuti hari nie." Rengek Lijah.

"Tak boleh dah janji dengan wife, nak beli barang budak-budak. Susu, pampers semua dah habih."

"Sayang takut bini ka?" tetiba Lijah menengking. Gheram gamak kot.

"Eh ! Apa nie. Bila masa plak sayang takut bini. memang dah janji nak p beli la urgent. lagipon semalam kan kita dah lepak kat karaoke. Tak puaih lagi ka?" Din mola naik angin.

"Tak. Setiap masa bersama sayang penting taw !". Lijah buat memek muka manja. Mengada-ngada sambil menghentak kasut tumit tinggi dia.

"Suka hati hang la. Aku nak balik !" Bingkaih Din mangkit , tinggai Lijah terpingga-pingga.

"Ala....main-main saja ! Bukan betoi-betoi pon. T, jangan risaw la. Abang sayang, cinta kat T sorang ja ok? " Din separuh memujuk.

"Ha ? @#$%^%$#@$%....tempik Siti. Tersangatla bengang.

Perasaan cempera (Babak 13)

Din....buat pulak dah....Hat nie hat kali beghapa Siti lost count. Lijah ni yang ke beghapa no? Siti tertanya-tanya diri sendiri. Apa perasaan Siti...adakah sama macam kali pertama dia dapat taw dulu ataupon dia sebenaqnya dah mangli. Masa kali pertama Din buat hal....dengan Piah....Siti ghasa macam nak mati....terchari-chari ....tertanya-tanya apa yang tak kena....apa yang tak chukup. Tapi kali nie perasaan tu lain....Lebih pada jatuh kesian plak kat Lijah. Mau taknya....Lijah mangsa yang kebeghapa. Tapi pada waktu yang sama Siti nak kata kat Lijah...PADAN MUKA.

Siti teruskan keja membuat karipap sampai selesai. Dia kemaih ghumah....bagi mandi anak-anak...bagi depa makan montek-montek. Suh depa main sengap-sengap. Siti tunggu Din balik. Siti qhenyih menyeringai . Cynical. Very cynical. Nak tergelak pon ada. Macam mana nak sergah Din kali nie. Nak tanya elok-elok kah?...nak hamput dia kah?...nak punggai piring karipap kah? Tapi yang heran tu....Siti relax ja. Ala macam la tak biasa. Namun ada gak la terselit perasaan gheram.

Teringat malam tu.

Sakit dada Siti...nak semput pon ada. Din masih tak balik. Dah pukoi 3 pagi dah pon. Masih teringat cherita Kak Leha dan Ida kemarin. Pedih tuhan saja yang taw. Tergamak Din buat kat dia lagu tu. Kononnya cinta....kononnya sayang....toya. Siti gheram. Terbayang muka Din menyesal dia susah hati ingat langgaq pokok langgaq tiang....rhupanya pi dok berkubang. Siti terpikiaq; pasai Siti tak gugoq kan anak nie ka? Hish....apa punya manusia Din nie. Siti dah tak kenai sapa Din....lelaki yang bertakhta di hati, yang sopan yang lemah lembut, penyayang dah berobah dalam sekelip mata. Jantan....belum dapat dulu macam-macam dia janji nak petik bintang nak selit kat rambut nak hias sanggui la....Ptuihhhhhh......gheram betoi Siti.

Tiba-tiba Siti nangeh teresak-resak....kesayuan hati dia tak dapat di bendung. Ghasa ralat....pedih, menyawa tak lepaih....sukar dibayangkan dengan kata-kata. Longlai badan, luluh hati. Piah........ya, Piah....

"Siti, I need your help. There is a new girl joining us today. I want you to be nice and teach her the job scope and whatever necessary please, can you do that? " tanya Josephine supervisor Siti.

"Sure thing," jawab Siti tersenyum.

"Siti, this is Sofia." "Sofia....this is your senior Siti Hajar, a wonderful worker and a very good staff. You should be able to learn and get as much infos from her." kata Josephine.

Mereka bersalaman. Sofia...muka bulat, genit orangnya..cantik, putih gebu, hidung dia mak aih terpacak macam penyangkut baju..kening lebat..rambut panjang sampai pinggang. Nampak sah muka campuran. Ringan Siti nak tanya but thats none of her business. Siti bukan jenih menyibuk.

"Jom Piah !," ajak Siti. Standard la orang belah utara suka tukaq nama orang. Nama Azhar sedap-sedap depa panggil Ad. Nooraini jadi Not. Sofia....Piah la jawab dia, tersenyum sorang-sorang Siti. Piah ikut ja....mana Siti di situ la Piah. Siti mengajaq denga penuh tekun tak kedekut ilmu pon. Bukan sifat Siti lagu tu. Lagipon senang esok keja sekali, kalaw Piah pandai. Begitu la hari-hari berikutnya. Siti dengan Piah ngam kira boleh blah la...Piah muda sikit ja. Mokalu jalan beiringan memang sama cantik pon....tinggai lagi Siti is married. Lelaki dok kerling-kerling gak la. Selalu depa dua menjadi perhatian.

"Siti, tengok Mamat kat opis purchasing tu encem no! Cute la macam penyanyi tu apa nama Syed Sobrie," kata Piah.

"Ha? apa dia?" Tanya Siti. Bukan dia tak dengaq tapi tak bherapa suka sembang topik pasai lelaki nie. Ya la kawan dah kawen. Piah tak pa la masih bujang.

"Tu....Mamat keja purchasing tu. Piah suka tengok dia. Segak. Macho......Tu dia....tu dia.....tu la orang dia, encem kan." Piah tergedik-gedik sambil tarik tangan Siti suh Siti tengok.

"Siti gelak mengekek....lawak betoi la Piah," kata Siti.

"Apa plak lawak betoi apa, kami nak kat dia la," sengih Piah.

Terpempan Siti. Belum sempat Siti bersora. "Hai ! Darling !," tegur Din.

"Hai ! Sayang" Jawab Piah selamba.

Din tersengap. Siti terkedu. Lepas tu dua-dua gelak. Piah jadik terpinga-pinga. Heran.

"Piah, nie laki aku kenalkan Din... Abang nie Piah...budak baru department nie."

Terbongkar (Babak 12)

Siti panik...Din langsung tak balik, tak telipon tak apa. Apa jadi kat Din? Siti terpikiaq la. Kot-kot langgaq pokok langgaq tiang...da nama pun bebai semalam bawak keta macam pelesit. Tak pernah Din buat perangai lagu nie. Selalunya apa jadi pon dia habaq. Nak balik lambat ka overtime ka... tukaq syif ka...tak boleh tidak mesti dia habaq. Sejak menikah 2 tahun...itu la kali pertama Siti dok sorang-sorang kat ghumah. Dia telipon tempat keja Din, depa kata dia cuti ghini. Last-last Siti pujuk diri sendiri Din tak dak apa-apa kot. Saja nak tenangkan fikiran...pi ghumah kawan-kawan gamaknya.

Masuk hari ni hari kedua...Din tak balik. Tak dak habaq berita apa pon. Ish ! Takkan dia balik ghumah mak dia kot. Jauh. Ingat dekat ka Pulau Pasiaq dengan Pekan Batu Bata. Kurang-kurang ambik cuti 2 hari bharu hilang penat. Becinta gak la depa dua laki bini mokalu nak balik kampung. Nasib baik kampung sama. Kalau tidak payah gak...Boleh jadi perang teluk bila tiba hari raya.

Siti naik rhisaw...apa jadik kat Din. Tapi tepikiaq jugak besaq mana la sangat Pulau Pasiaq nie. Mokalu jadi apa-apa mesti polis ka...hospital ka sapa jugak la mesti telipon. Tiba-tiba dengaq orang bagi salam ketuk pintu.

"Siti....Siti!," dengaq sora.

"Sat...sat na.... Waalaikumsalam," jawab Siti.

Bukak-bukak pintu terjengoi Kak Leha dengan Ida. Bekas kawan satu tempat kerja Siti dengan Din. Siti berenti keja pasai Din suruh. Tiba-tiba saja mengamok suh Siti berenti. Buat perangai macam budak-budak. Kononya tak best keja sama tempat. Tak sampai 2bulan berenti, gaya Siti nak dapat keja bharu da Siti di dapati mengandung plak.

Kak leha huloq plastik berisi buah kat Siti. Aish ! Macam melawat orang sakit plak.

"Hang apa habaq Siti," tanya Kak Leha, orang asai Pulau Pasiaq.

"Baik ja Kak Leha. Sihat ja!."

"Aku dengaq hang sakit teruk. Din mai ghumah kemaqhen mintak tukaq keta dengan Abang Ramli. Dia kata nak bawak hang pi no, hospital kat Tanah Besaq. Takut nak bawak keta buruk dia tu, takut meragham tengah jalan." Cerita Kak Leha.

"Tu yang kami mai melawat hang tu. Sejak hang berenti keja hang diam sengap sunyi. Tak tau dengaq hang sakit. Nak mai semalam kami keja syif petang." Ida mencelah.

"Tak aih tak sakit apa pon. Co tengok sehat ja." Sengih Siti.

Kak Leha dan Ida saling berpandangan. Mungkin ghasa lega tengok Siti memang tak sakit. Namun macam-macam bersarang dalam hati depa berdua.

"T... mokalu aku cherita kat hang, hang sabaq na." Ida mula kan ayat dia. Kak Leha cepat-cepat cubit Ida bagi isyarat suh diam.

"Apa Kak Leha, biaq pi la. Biaq p dia taw. Ida da tak laqhat nak tengok sandiwara depa dah ai. Geqham taw tak. Bini dok elok-elok kata sakit. Kongajaq," Ida naik angin.

"Apa Ida?"

"Laki hang ada betina lain. Hang Ingat tak ada sorang budak pompuan yang baru masuk tu. Yang hang bawak dia ikut hang merata, hang dok ajaq dia buat keja tu apa?"

"Hat ghambut merah, muka chomei-chomei lagu Arab tu ka. Apa nama ...Sofiah ka apa ka?"tanya Siti gugup.

"Ha la...budak Piah tu la. Macam dengan belangkaih ja dia dengan Din ke hulu ke hiliaq. Bukan rheti segan silu da. Bekapoq bedakap. Bukan dia tak tau tu laki hang. Bukan nya dia tak kenai hang. Hang yang train dia kan," Ida bunyi macam geqham. Macam Din tu laki dia plak dah.
Tersandaq Siti, sambil mengurut dada. Ghasa macam belati dok tujai-tujai dada dia. Din....

Lega (Babak 11)

"Encik Awalludin Abu, sile masuk dan sile duduk,"perintah doktor Mary.

Muka Din nampak "blur..blur", heran. Dia siku Siti. "Awat doktor nak apa,"tanya Din separuh bebisik kat Siti.

"Saye dah perikse isteri anda. Beliau menghadapi sedikit komplikasi untuk melakukan prosedur lagipon anak anda berdue da agak besar. "Fetus kinda big so it is quite difficult". Kalau betul la anda berdue nak juge lakukan ianya macam proses pembedahan melahirkan juge la. Cost agak tinggi. Tempat nie tak lakukan prosedur tersebut." terang doktor Mary kepada Din, separuh menipu pon ada. Da nama pon pakat dengan Siti tadi. Doktor Mary nampak tenang mungkin da beghapa kali dok wat keja nie kot. Mungkin ada gak orang bengong macam Din.

"Tu ka?". Mulut Din terlopong. "Tak boleh buat kat sinila?", tanya Din lagi bodoh-bodoh plak.

"Macam itula".

"Mmm..tak pa. Trima kasih doktor. Jom T. Hang Tunggu apa lagi?".

"Thank you doc." Tersenyum Siti, teghasa terhutang budi sangat kat doktor ni.

"Most welcome and please do take care of yourself. Stay strong", balas doktor Mary.

Siti tersenyum kelat sambil berjabat tangan dengan doktor yang baik budi. Sepanjang perjalanan muka Din masam mencuka. Tak sepatah ayat pon kluaq dari mulut dia. Bawak kereta plak macam ghibut. Siti beghapa kali dok tegoq.

"Hang diam boleh tak. Puaih la hati pherut hang no!" Sergah Din.

"Awat abang nie cakap lagu tu tak baek tau." sebenaqnya memang Siti ghasa lega yang tak terhingga.

"Mampuih p la kat hang. Esok nie pandai-pandai hang la tanggung rheba tu. Aku tak mau masuk campoq!" kata Din.

Siti terdiam tak kosa dia nak melayan gila laki dia. Yang paling penting semuanya selamat untuk sementara nie. Nanti dia pikiaq pulak rasional kata-kata Din.

Sampai ja simpang nak masuk ke jalan ghumah depa lebih kurang 500 meter, Din beghenti mengejut. "Tuqhun !. Aku kata tuqhun." jerit Din.

"Tak sampai lagi kan abang?"

"Eh pompuan sie aku peduli apa. Hang tuqhun la nie jugak!". Tempik Din.

Siti nyarih-nyarih terejun kereta la. Belum sempat dia kata apa-apa. Din punggai beg tangan Dia kot luaq tingkap. Pecut laju ja. Lantak pi la kat dia. Janji aku ok. Siti cakap dlm hati. Tak jauh mana pon ghumah.

Siti samphai ghumah kepenatan. Dalam kepala dia ligat dok pikiaq nak masak apa. Dia taw Din satgi balik la tu. Pherot dia lapaq dia balik la. Teringat gak Siti kat kejadian di klinik tadi. Lepaih rehat, makan cucoq hat pagi tadi. Siti mulakan tugaih besilat dia kat dapoq. Hajat di hati nak pujuk Din yang tengah marah. Siti masak asam pedaih rhebuih kesukaan Din.

Namun malam tu Din tak balik. Dan begitu la 2 hari bherikutnya. Din berkubang ghumah Piah. Ya ! Ghumah Piah. Kekasih hati Din yang Din pandang sejuk ataih bawah.