Friday 10 June 2011

Apa yang merasuk dirinya (Babak 7)

Siti tersengap tak berupa nak berkata-kata. Ketaq lutut dengaq Din cakap lagu nie. Ish apa kena dengan laki aku nie yang selama nie lemah lembut penyayang. Tak kan berubah dalam sekelip mata ja. Seingat Siti, memang depa laki bini tak pernah la nak bincang nak anak berghapa, bila nak ada anak, memang tak pernah merancang. Dah tu da 2 taun bharu nak ada anak...kira ok la...puaih gak la begomoi sakan bukan ka. Walaupun dalam hati Siti sebenaqnya takut gak. Kot-kot la mandoi pi kan jenoh tu. Al maklumlah orang jantan bukan boleh kira...esok-esok benda lagu nie la depa ungkit cungkil semua habih. Bila dapat taw diri dia mengandung..Siti seghonok bukan main. Cuma tu la Din buat pasai pulak. Yang heran tu awat dari mola dulu tak mau nak habaq.

"Hang dengaq tak T" sergah Din. "Yang hang dok teriak ni pasai apa?".

"Dengaq. Awat abang dah gila dah ka? Ni anugerah tuhan tau tak. Awat sampai lagu tu abang pikiaq. Apa dosa budak nie abang sampai nak suh buang ?" tanya Siti. Tak sangka dia, Din begitu kejam plak benak dia.

"Ish hang nie tak reti bahasa ka? Kan aku dah habaq tadi. Aku tak mau anak lagi. Tak kan tak faham lagi kot. Nak suh aku cakap bahasa apa dengan hang?" kata Din angkuh.

"T tak mau. Abang jangan dok buat gila. Berdosa taw abang buat lagu nie. Ingat tuhan la abang oi". Siti merayu.

"Dah hang tok sah dok mai tunjuk pandai dengan aku. Tok sah dok mengajaq aku. Esok mangkit awai kita pi kat Permatang...cari klinik tu", bentak Din.

"T tak mau. T tak mau nak ikut gila abang." Siti buat keraih.

"Hang tak mau ikut cakap aku...aku cerai hang". Din guna kuasa veto. "Apa aku peduli setakat bini macam hang berjebah kat luaq sana aku boleh cari la."

Terkedu Siti. Din nie dah kena rasuk apa gamak sampai jadi lagu tu. Dah tak taw apa yang betoi apa yang salah. Malam tu...Siti tak lelap mata. Macam-macam berlegaq kat kepala dia. Air mata tok sah kira, dah berapa gelen da kluaq sampai nak tersemboi bijik mata.

No comments:

Post a Comment